Rayuan Afrika Timur

RAYUAN AFRIKA TIMUR




Penduduk Somalia, Kenya & Ethiopia diancam kebuluran!

Kemarau terburuk dalam tempoh 70 tahun!

20 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan!




Situasi Semakin Memburuk


Tanduk Afrika kini mengalami kemarau terburuk dalam tempoh 70 tahun sehingga mengakibatkan banyak kematian dan memusnahkan jutaan binatang ternakan seperti lembu. Ramai penduduk hilang mata pencarian akibat hasil tanaman yang terjejas manakala jutaan lagi kanak-kanak mengalami kelaparan dan kekurangan zat makanan.


Inilah realiti mengerikan yang sedang dihadapi oleh hampir 20 juta orang di Somalia, Ethiopia dan Kenya.


Impak perubahan iklim ternyata memberi kesan buruk kepada negara-negara yang berada di rantau tersebut. Sejak tahun 2020, taburan hujan yang dialami sangat sedikit menjadikan kemarau semakin kerap berlaku sehingga mengakibatkan bekalan air menjadi semakin kritikal dan harga makanan melambung tinggi.


Kejadian itu turut menyebabkan ramai penduduk meninggalkan kampung halaman masing-masing untuk mencari makanan dan air demi kelangsungan hidup. Kebanyakan mereka terpaksa berjalan di bawah terik mentari dalam musim panas untuk menuju ke kem pelarian di mana mereka boleh mendapatkan sebarang bantuan. Dalam perjalanan itu, ramai kanak-kanak, warga emas, dan orang yang kurang upaya telah meninggal dunia akibat lapar dan dahaga.


Impak kemarau di Afrika Timur:

 >7.1 juta kanak-kanak kekurangan zat makanan di tahap kritikal

7 juta haiwan ternakan mati

1,091,000 hilang tempat tinggal




Tindakan segera diperlukan untuk mengelakkan kebuluran dan kematian


Setakat ini, Islamic Relief telah membantu lebih daripada 167,000 orang di seluruh rantau ini. Antara bantuan yang telah diagihkan adalah makanan dan wang tunai.


Selain itu, Islamic Relief turut menambah baik sumber bekalan air dengan membaiki telaga air sedia ada dan membina kompleks air yang baharu, membaiki kolam simpanan air, dan menyediakan trak air bersih. Islamic Relief juga melatih pekerja kesihatan tentang cara merawat kanak-kanak kekurangan zat makanan yang teruk, dan menyokong klinik pemakanan.


Terima kasih kepada para penyumbang yang sentiasa bersama Islamic Relief. Kita perlu bertindak segera untuk menyelamatkan nyawa mereka yang terjejas di Tanduk Afrika daripada ancaman maut dan kebuluran.


Bantu kami menerusi kempen Rayuan Afrika Timur sekarang.





Bertindak segera sebelum nyawa menjadi taruhan!



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Rayuan Afrika Timur RM10
Rayuan Afrika Timur RM30
Rayuan Afrika Timur RM50
Rayuan Afrika Timur RM100
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN


Maklumat Organisasi

Islamic Relief Malaysia
donation@islamic-relief.org.my
+60389263434