Rayuan Musim Sejuk



HULURKAN SUMBANGAN MUSIM SEJUK BUAT MEREKA YANG KESEJUKAN DI LUBNAN




Lubnan Perlu Perhatian & Bantuan Antarabangsa


Lubnan kini berdepan krisis kewangan yang semakin kritikal. Kemerosotan ekonomi mula melanda negara itu pada tahun 2019.


Mata wang Lubnan jatuh merudum di pasaran. Bank Dunia menyifatkan krisis kewangan di Lubnan adalah salah satu krisis paling buruk sejak abad ke-19.


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan, empat daripada lima rakyat Lubnan kini hidup di bawah garis kemiskinan.


Bekalan makanan asas seperti roti sering dicatu dan tidak mencukupi, manakala harga pula melonjak tinggi. Kadar pengangguran di Lubnan dikatakan turut meningkat.


Bayangkan, jika kehidupan penduduk Lubnan sendiri sudah mencabar, bagaimana pula dengan nasib pelarian Syria dan Palestin yang berlindung di negara itu?




Bantuan Islamic Relief


Kempen Rayuan Musim Sejuk bukanlah projek asing bagi Islamic Relief. Saban tahun ia dijalankan bagi membantu meringankan penderitaan komuniti terjejas seperti pelarian dalam negara (IDPs), pelarian di negara-negara jiran dan anak-anak yatim di Timur Tengah, Eropah Timur serta Asia.


Justeru, bagi menyokong usaha ini, Islamic Relief Malaysia secara khusus melancarkan kempen Rayuan Musim Sejuk bermula 1 Januari hingga 28 Februari 2023 dengan menyasarkan pengumpulan dana sebanyak RM200,000.


Dana kempen Rayuan Musim Sejuk anjuran Islamic Relief Malaysia akan disalurkan kepada penduduk terjejas di Lubnan, pelarian Syria dan Palestin yang tumpang berlindung di kawasan Baalbek El Hermel, Bekaa, Akkar dan Nabatiyeh, Lubnan.


Antara bentuk bantuan yang akan diberikan ialah pek makanan, minyak petrol, bahan bakar, selimut, tilam dan pakaian musim sejuk melalui agihan bantuan tunai, baucar pakaian dan barangan sumbangan.


Kriteria penerima bantuan pula merangkumi ibu tunggal, anak yatim, warga emas, orang kurang upaya (OKU), golongan berpendapatan rendah, ibu mengandung dan menyusu juga keluarga yang terjejas impak COVID-19, pelarian dalam negara (IDPs), isi rumah yang tiada pendapatan dan mempunyai bilangan tanggungan yang ramai.







Jom sama-sama kita bantu mereka menerusi kempen Rayuan Musim Sejuk bersama Islamic Relief Malaysia.


Keep Them Warm & Alive!


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Sumbangan Musim Sejuk RM10
Sumbangan Musim Sejuk RM30
Sumbangan Musim Sejuk RM50
Sumbangan Musim Sejuk RM100
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN


Maklumat Organisasi

Islamic Relief Malaysia
donation@islamic-relief.org.my
+60389263434