GIFT OF HOPE BERSAMA ELFAEZA UL HAQ






Projek “Gift of Hope” (GOH) merupakan salah satu projek lokal yang dijalankan khusus untuk membantu golongan rentan di seluruh Malaysia.


Objektif program ini untuk menambahbaik kehidupan keluarga terpilih menerusi sokongan bantuan bagi mendapatkan sumber pendapatan berterusan untuk meneruskan kelangsungan hidup, bantuan makanan, pendidikan, kesihatan dan baik pulih kediaman.


Menerusi projek GOH, Islamic Relief Malaysia akan menyediakan modal, kelengkapan serta latihan kemahiran untuk mengendalikan sebuah perniagaan dengan lebih yakin dan berkesan.


Pendekatan yang diberikan berbeza mengikut keperluan dan kecenderungan setiap keluarga.


Kebiasaannya, projek ini akan berjalan dalam tempoh 6 hingga 12 bulan.


Projek GOH bukanlah projek baru. Ia mula diperkenalkan oleh Islamic Relief Malaysia pada tahun 2015, namun terhenti seketika apabila pandemik melanda.


Sepanjang tempoh ini, lebih 50 keluarga telah berjaya dibantu.


Tahun ini, Islamic Relief Malaysia telah memberi nafas baru bagi program ini dengan pelaksanaan modul pakej bantuan dan pemantauan yang lebih efektif dan berimpak.


Jom bersama Ikon Kemanusiaan Islamic Relief Malaysia, Elfaeza Ul Haq, kita zahirkan sokongan untuk sama-sama kita membantu rakyat Malaysia yang terjejas dan terkesan dari sudut kewangan agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup yang lebih baik.






Jangan biarkan ada insan yang merasa terpinggir di negara sendiri. Sama-sama kita bantu dan bangkit bersama mendepani cabaran kehidupan.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Gift of Hope RM10
Gift of Hope RM30
Gift of Hope RM50
Gift of Hope RM100
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

Islamic Relief Malaysia
donation@islamic-relief.org.my
+60389263434